Thursday, December 23, 2010

Anak Ayam Part 2

Gambar kat atas tu, anak-anak ayam yang berumur 2 minggu ++... Dipindahkan ke sangkar lain, untuk memberi laluan kepada anak-anak ayam yang baru dibeli. Harap-harap tiada yang kena penyakit atau mati.

Anak Ayam

Anak ayam di H&H akan dijaga dengan rapi oleh kami untuk memastikan mereka semua sihat walafiat dan tidak mati pada peringkat awal. Oleh itu sangkar yang kami gunakan akan dipastikan bersih dan tidak terlalu sempit untuk anak-anak ayam membesar. Ini kerana pada tempoh 6 minggu pertama, anak ayam begitu mudah diancam penyakit dan sebagainya. Oleh itu penekanan diberikan oleh kami supaya, setiap seekor anak ayam benar-benar sihat sebelum dilepaskan di dalam kandang yang lebih besar. Aspek pemakanan dan suhu perlulah dijaga dengan rapi. Biarpun ia agak rumit pada peringkat awal, namun begitu ianya berbaloi apabila melihat semua ayam membesar dengan baik.